Wednesday 27 November 2013

KEPENTINGAN BERSENAM DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

KEPENTINGAN SENAMAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Senaman ialah pergerakan badan yang dilakukan secara berulang-kali secara terancang dan berstruktur bertujuan untuk meningkatkan atau mengekalkan satu atau lebih komponen kecergasan fizikal. Senaman juga melibatkan penggunaan dan pengeluaran tenaga yang banyak. Tidak cukup dengan aktiviti harian, hujung minggu atau ada waktu terluang, anda pasti ringankan badan untuk melakukan senaman. Tetapi kini, sejak anda dihambat oleh kesibukan kerja di pejabat, kuliah, mahupun masalah peribadi, entah kenapa anda seperti malas dan kurang berminat untuk meneruskan riadah tersebut. Jangan risau, anda tetap boleh mengekalkan amalan senaman walaupun sudah lama tidak melakukannya. Ikuti tip-tip berikut untuk meningkatkan kembali semangat serta usaha anda dan seterusnya bagi mendapatkan bentuk badan yang menawan juga untuk kesihatan tubuh badan.


Banyak kelebihan yang bakal diperolehi oleh kita sekiranya kita kerap melakukan aktiviti senaman. Antaranya ialah, dapat mencegah diri kita dari sebarang penyakit yang boleh membahayakan diri kita. Aktiviti senaman hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu. Terdapat beberapa fakta yang menyatakan bahawa dengan melakukan aktiviti senaman dapat mengurangkan penyakit. Antara penyakit yang boleh dibendung melalui aktiviti senaman ialah dapat mencegah sakit belakang. Senaman dapat menguatkan tulang belakang dan otot perut, memperbaiki postur atau posisi tubuh dan sekaligus dapat mencegah sakit belakang.
Pada masa ini, kita dapat lihat ramai di kalangan rakyat Malaysia yang mengalami masalah obesiti. Melalui aktiviti senaman juga dapat mengatasi masalah obesiti. Senaman berterusan dan pada masa yang sama, mengamalkan diet seimbang dapat membnatu mengawal masalah berat badan yang berlebihan. Obesiti dapat meningkatkan risiko mendpat pelbagai penyakit seperti diabetes, penyakit jantung dan batu karang. Senaman juga dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Kajian perubatan mengesahkan bahawa tahap kecergasan yang rendah akan meningkatkan risiko mendapat sesetengah penyakit yang berkaitan dengan kanser. Bersenam secara konsisten juga mapu meningkatkan perasaan menghargai diri sendiri dan menjadikan diri lebih positif dan tenang.



Senaman juga dapat menguatkan tulang. Senaman sederhana secara tetap dapat menguatkan tulang dengan cara meningkatkan kandungan mineral, sekali gus dapat mengurangkan risiko mendapat osteoporosis dalam jangka masa panjang. Osteoporosis akan menyebabkan tulang menjadi haus dan lama-kelamaan akan rapuh serta mudah patah. Aktiviti senaman juga dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Senaman dapat membantu mencegah obesiti, kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi. Bagi sesetengah wanita pula, melalui senaman dapat mengurangkan kesakitan semasa kedatangan haid. Senaman juga dapat menggalakkan tidur lena apabila keletihan akibat aktiviti fizikal menyebabkan badan dan mindaa lebih mudah untuk tidur.

Bersenam dalam jangka masa panjang akan meningkatkan kecekapan kebanyakan organ dalam tubuh manusia. Antaranya ialah dapat meningkatkan pengakiran darah ke kulit membuatkan perawakan kelihatan lebih sihat dan menarik. Ia juga dapat memperbaiki kecekapan paru-paru mengambil oksigen dari udara. Selain itu, jantung yang lebih cekap dapat meningkatkan pengaliran darah ke seluruh tubuh badan kita. Sendi yang kuat dapat mengurangkan kesakitan dan ketegangan apabila umur meningkat.kekuatan dan kecekapan menggunakan otot semasa melakukan aktiviti senaman membolehkan otot bekerja untuk tempoh yang lebih lama.
Namun tidak ramai individu yang gemar untuk melakukan aktiviti senaman. Mereka sering memberi seribu satu alasan untuk melakukan senaman. Hal ini demikian kerana, kebanyakan individu sibuk dengan aktiviti seharian tanpa memikirkan betapa pentingnya untuk menjaga kesihatan dengan sebaiknya. Bersenam sebagai gaya hidup akan menjadiakan kehidupan lebih aktif dan lebih penting ialah menikmati kehidupan sihat dan jangka hayat yang lebih panjang.
Antara contoh aktiviti senaman yang boleh diamalkan adalah berlari, berjoging, berjalan, berenang, lompat tali dan berbasikal. Jumlah minima aktiviti fizikal yang perlu dilakukan untuk mendapat faedah kesihatan yang dikehendaki ialah dengan melakukan aktivtit yang sederhana kuatnya atau intensiit, sekurang-kurangnya 30 minit untuk setiap sesi, untuk 3 hingga 5 hari seminggu. Senaman hendaklah dilakukan secara perlahan lahan dan intensitinya ditingkatkan beransur-ansur. Secara kesimpulannya, banyak aktiviti senaman banyak memberi manfaat dan faedah kepada kehidupan seharian kita.


8 comments:

  1. wow! bagus info ni... selalu sangat culas nak bersenam... ;-)

    jemputla melawat blog saya.. ada juga tip2 kesihatan sebagai panduan...
    www.cintahealth.com

    salam ukhwah,
    msraiza

    ReplyDelete
  2. Bnyk i learn from your post kali ni admin. hehehe. keep up the good work. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

    >>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

    ReplyDelete
  3. baguss terbaik...ada salah ejaan kat situ (minda)

    ReplyDelete
  4. Klu commet kat sini semua 4 tahun 5 tahin lepas....rasa cam akward sht

    ReplyDelete